Friday, May 25, 2018

Kem Mahathir mula menyusun serangan terhadap Anwar, terbaru samakan Anwar dan Rosmah guna jet kerajaan.

Catatan Umum

26 Mei 2018


1. Sepanjang kempen PRU ke 14 , 7 hari che'GuBard tidak dapat menggunakan facebook kerana diserang dengan ratusan 'report' kepada pengendali facebook sehingga akaun che'GuBard digantung. Ini menunjukkan betapa ada pihak yang sangat takut. Selepas PRU juga banyak kali terpaksa menukar kata laluan kerana banyak kali usaha serangan seperti 'pishing attack' menyerang ini termasuk menukar kata laluan email sehingga hampir seminggu lebih blog chegubard.blogspot.com gagal diakses. Ini semua usaha mereka yang takut dan ingin menyekat suara, mereka ingat mereka hebat dengan ramai tentera cyber berbayar.

2. Hari ini hari pertama blog chegubard.blogspot.com boleh digunakan sepenuhnya namun beberapa dokumen dalam email dan blog telah dipadamkan.

3. Merujuk semula kenyataan 12 Mei 2018, che'GuBard mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menggunakan praktik demokrasi dalam PRU ke 14.

4. Selepas PRU banyak polimik berlaku, namun setakat ini tidak ada banyak perubahan berlaku, jujurnya yang ada kelihatan operasi 'balas dendam' dan belum ada lagi perubahan yang benar konkrit dan bersifat reformasi. Namun keadaan masih awal. Cuma diharapkan semua yang baru memiliki kuasa perlu cepat sedar dan sesuaikan diri kerana mereka bukan lagi pembangkang. Sebarang perbalahan perlu diselesaikan cara orang dalam kerajaan. Pengumuman dan aksi politik perlu dikurangkan dan dilakukan penuh hati hati.

5. Perkembangan seperti Stock market Malaysia mencatat angka negatif buat pertama kali tahun ini. juga Angka 'outflow' tertinggi sejak 2013 perlu perhatian khusus yang serius.

Kritikan Bloomberg juga seharusnya menjadi penyedar penting. Semua yang menjadi anggota kabinet kena faham bahawa ucapan mereka menjadi kata rujuk sebagai polisi negara, sentiasa menjadi bahan untuk dianalisa oleh para pelabur asing. Tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan politik bagi analisis keadaan negara khususnya ekonomi.

kenyataan mengenai hutang negara  RM1 trillion, kemudian dibetulkan dengan pengumuman hutang negara sebenar adalah RM 686.8 billion sahaja ada kesan natijahnya sekarang, kerana pelabur tidak suka pada ketidaktentuan .

Bloomberg menasihati, menteri kewangan tugasnya adalah untuk meyakinkan pelabur, supaya tidak lari dari negara kita.

"But for the finance minister to pursue that goal at the expense of his day job – of keeping the economy in good shape, and investors reassured – would be inexcusable." - Bloomberg

6. Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai dan menulis amaran serta mendapat reaksi kecaman oleh netizen terhadap Anwar.

Fitnah blog pro Tun M Outsyedthebox bahawa Anwar jumpa Zahid di hospital satu propaganda palsu yang cuba diabsahkan. Zahid menafikan perkara tersebut dan isu ini reda sampai hari ini.

Selepas Anwar keluar Tun Daim sekali lagi menyerang Anwar isu jawatan PM.

Apakah akan ada gerenti bahawa janji Tun M bahawa Anwar akan jadi PM akan dipenuhi ?



7. Hari ini pula kem Mahathir mula menyebar gambar keluarga Anwar menaiki jet rasmi Kerajaan. Antaranya Herman yang dikenali sebagai cytro taksub Mahathir juga menyiarkan gambar tersebut dengan komen menyatakan ini tidak bagus untuk Malaysia Baru. Malah ada yang menyamakan tindakan ini dengan tindakan Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan sebelum ini. SAMM sendiri antara yang awal mendedahkan butiran dan  mengeluarkan kenyataan mengenai Rosmah menggunakan jet kerajaan sebelum ini (klik sini)


Untuk samakan tindakan Rosmah dan keluarga Anwar adalah sangat keterlaluan. Apa yang dikritik sebelum ini ialah kelayakan Rosmah menggunakan jet negara untuk dirinya sendiri dan jelas rekod penerbangan menunjukkan ia singgah di beberapa lokasi dan laluan yang sangat boleh dipersoalkan. Maka ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang juga tinggi.  Penerbangan yang menunjukkan keluarga Anwar menaiki jet kerajaan tidak sama kerana ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius. Sememangnya Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri layak menaiki jet tersebut dan membawa keluarga untuk urusan rasmi dalam negara tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius kepada kerajaan.

8. Namun adakah ia harus disokong 100%, jawapanya tidak. Dalam negara dan rakyat diajak berjimat adalah bijak untuk anggota kabinet mengekalkan kesederhanaan dalam urusan. Malah Anwar sendiri perlu lebih bijak khususnya ketika ramai sedang memerhatikan terutama mereka di kem Mahathir yang tidak selesa dengannya. Hanya berdoa Anwar berjaya mencapai cita - citanya menjadi Perdana Menteri malah ia turut menjadi cita - cita ramai warga dalam dan luar negara. Namun jika tidak hati hati ada kemungkinan Anwar tersungkur kali kedua di tangan Mahathir.

catatan umum che'GuBard, warganegara Malaysia

Thursday, May 17, 2018

25 Jun tarikh baru kes akta Hasutan

Pagi ini ditemani Edy Noor Reduan selepas subuh hantar anak sekolah dan terus ke Mahkamah Shah Alam untuk sebutan kes akta hasutan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes ini kerana kesalahan saya Dalam satu live FB dedahkan butiran siasatan korupsi Azmin dan Isteri yang mana saya dedah harta Dan akaun bank. Dalam live FB itu juga saya sebut pasal "Azmin MB pintu belakang". Mereka sangat geram pasal pendedahan yang dibuat lebih lagi peguam negara Apandi saya jangka punya geram peribadi sebab saya persoalkan akaun bank & syarikat Faridah Begum isterinya. Namun mereka tak mampu membetah pendedahan tersebut mala mereka gunakan undang undang "drakonian" iaitu akta hasutan konon saya menyerang instituti istana. Pemuda PH yang buat laporan akta hasutan atas saya. Inilah lucunya konon berjuang melawan akta hasutan tetapi mereka sendiri menggunakannya.
Hasil laporan mereka saya ditahan dikepung sekumpulan anggota polis di sebuah stesen minyak ketika tengah Malam seperti penjenayah.
Dilokap Dan kemudian bergari dibawah ke mahkamah Bulan Lepas. Hari ini saya hadir untuk sebutan kes, oleh kerana saya hadir seorang diri dan atas nasihat pegawai Mahkamah Hakim menetapkan 25 Jun untuk saya cari peguam mewakili saya bagi memudahkan proses mahkamah.
Kes ini saya Dalam jaminan RM6,000 Yang saya dapat pinjaman dari Nazrul Aznan Mohd Kadri RM3,000 kerana ketika itu memang tidak cukup tunai. Pasport saya juga ditahan, inilah yang paling menyukarkan saya kerana perniagaan (sumber pendapatan) saya ialah membeli barang Dari China / Vietnam untuk dijual Di Malaysia secara online dan borong. Namun bila pasport sudah dipegang maka jujurnya saya alami sedikit kesusahan Dan Raya tahun ini saya gagal ambil stock untuk berniaga.
Kes ini DPP semasa proses okay Jamin sudah mengatakn mungkin Ada pendakwaan lain termasuk konon saya menyerang peguam negara Dalam FB saya. Malah terbaru tadi tiba - tiba DPP membaca nota pejabat peguam negara Yang ditulis awal sebaik sehari selepas saya diikat Jamin Bulan Lepas konon saya boleh didakwa kerana saya merakam gambar Dalam Mahkamah. Saya tegaskan yang saya dibawah ke mahkamah bergari dari lokap macam mana pula saya boleh merakam gambar. Namun saya Minta maaf dengan hakim kerana kejadian rakaman gambar itu mungkin dilakukan oleh mereka termasuk wartawan Yang hadir pada Hari tersebut. Nampaknya pejabat peguam negara Pantai FB ini Dan kini ketika Apandi bercuti maka dia Akan Ada lebih masa memantau.
Termasuk Yang ini dua kes Masih dimahkamah. Satu lagi ialah kes perhimpunan Aman " black out 505" Yang mana saya sudah menang Di peringkat Mahkamah Seksyen kemudian peguam negara rayu Di Mahkamah tunggu juga saya menang kini dirayu dimahkamah persekutuan. Saya juga kena sedia kerana jika didapati bersalah dengan denda maksima saya kena bersedia jika tidak cukup tunai saya harus menghantar dengan penjara. Namun saya tidak Akan letih dengan rekod 38 tangkapan, 5 pendakwaan.
Sesungguhnya bercakap benar dalam "zaman edan" ini mahal bayarannya. Mujur tahun ini saya telah tukar anak saya ke sekolah Kebangsaan biasa (bantuan penuh kerajaan) Yang mana sebelum ini anak saya terpaksa sekolah swasta kerana anak bungsu saya autism dan ADHD.
Bila bercakap pasal saya ramai termakan fitnah saya dibayar Ada dua nama yang disebut konon menjadi sumber kemewahan saya (RM & HR). Konon ada yang sebut saya sering jumpa dua watak ini yang rapat dengan Najib Dan Rosmah. Di sini saya sebut ya benar saya Ada bertemu mereka dan pada satu peringkat pertemuan agak kerap. Namun demi Allah pertemuan Dan usaha bertemu mereka saya lakukan bukan kerana saya. Kini Anwar Ibrahim II sudah bebas Mohon dia bercakap benar dan membersihkan nama saya. Anwar Dan keluarga sgt mengetahui semua yang berlaku.
Ini termasuk fitnah konon isteri saya ditahan SPRM. Ketika ini saya sangat marah sebab antara group what's app yang memulakan fitnah ini ialah group what's app kepimpinan yang Wan Azizah sendiri Ada didalamnya Dan tidak langsung menjawab membetulkan keadaan. Tak apalah mungkin maruah saya Dan keluarga tidak sepenting mana untuk dibela.
Hari ini Anwar sudah keluar, semalam dalam keghairahan dia untuk keluar saya cuti masanya sedikit untuk bersalam dan mengucapkan tahniah. Saya halalkan semua yang saya lakukan sebab saya tidak lakukan untuk dia tapi untuk jalan kembali saya nanti.
Dalam Bab pendedahan korupsi saya pertahankan semua pendedahan saya sejak 1998 Dan amat tidak sabar menanti SPRM Yang bebas untuk saya hantar semula semua laporan pendedahan saya untuk tindakan mereka. Termasuk berkenaan RM1billion tanah Majlis Agama Islam Di Petaling Jaya.
Saya biasa susah malah bila sehari tidak susah ... Saya menjadi rindu dengan susah itu. Saya selesa Dalam rumah sewa murah dan kenderaan separa buruk yang saya Ada hasil titik peluh saya...
Kepada semua perjuangan menambah baikan tanah air masih banyak perlu diusahakan. Jangan berhenti melawan...
Alhamdulillah hari ini GST telah menjadi 0%... Terus mendesak pindaan undang - undang mebatalkan GST.. rakyat juga ternanti minyak murah , barang keperluan turun harga Dan mansuh tol Yang terkandung Dalam janji 100 hari PH memerintah. Yang baik Dan betul dipuji ....yang Salah wajib disanggah.
Rakyat juga tertunai siapa M01 ia DYMM Agong atau PM ketika itu ?
Salam Ramadhan, Selamat Hari Guru....
Ingat walaupun bertukar kerajaan niat Dan rukun puasa tetap Sama tau.. 😂😂😂

Saturday, May 12, 2018

Tangkap dan dakwa kes 1MDB bawa semua harta aset pulang. Buka semula kes fitnah ke atas Anwar dakwa mereka yang memperkuda sistem keadilan Negara. Rakyat mula menuntut janji.

Catatan Umum

12 Mei 2018
Tangkap dan dakwa kes 1MDB bawa semua harta aset pulang. Buka semula kes fitnah ke atas Anwar dakwa mereka yang memperkuda sistem keadilan Negara. Rakyat mula menuntut janji.
1.      Ucapan tahniah buat rakyat Malaysia kerana telah berjaya membuat perubahan besar melalui Pilihanraya Umum ke 14. Untuk memahami dan mempraktikkan politik demokrasi Malaysia memerlukan lebih 60 tahun harapnya tidak sepanjang itu untuk rakyat bergerak ke fasa kedua untuk memahami dan mempraktikkan politik ideologi. Kepada yang memenangi PRU ke 14 ini, tahniah dan ini masa mengota janji khususnya janji 100 hari PH iaitu Malaysia tanpa GST, Petrol dan diesel murah, tutup semua tol, pemansuhan perbagai undang – undang drakonian, pembebasan SPRM dan perbagai agensi kerajaan lain selain pembebasan kekangan media serta seumpamanya. Ingat rakyat telah melalui proses latihan panjang dan mereka kini bijak menuntut dan mendesak.
2.      Pembebasan Anwar Ibrahim yang menjadi lilin pembakar kesedaran rakyat sejak hampir 20 tahun lalu dilaporkan telah mendapat pengampunan diraja dan sewajarnya dibebaskan segera. Bukan itu sahaja kes fitnah yang memenjarakan beliau wajar dibuka semula dan bukan sekadar yang menfitnah sebaliknya yang memperkudakan sistem perundangan dan keadilan Negara wajar dibawa ke muka pengadilan segera agar ia menjadi pengajaran dan menjadi titik pembaikan dalam sistem keadilan negara. Kes Anwar bukan sahaja mengorban Anwar tetapi sangat ramai turut menjadi mangsa menerima kesannya.

3.      Antara punca kejatuhan Najib dan Barisan Nasional ialah amalan korupsi 1MDB maka sudah tentu desakan besar untuk melihat Najib dan semua yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan. Ini masanya semua tuduhan dibuktikan dan paling penting semua hutang dan aset negara dikembalikan segera. Usaha memadamkan semua kes rompakan harus tidak dipersetujui.

4.      Perjuangan perubahan ini sangat panjang dan banyak pengorbanannya. Amat mengharapkan perubahan ini bukan sekadar perubahan kosmetik namun punya keberanian untuk menulis semula dan mengangkat sejarah benar dalam negara. Watak selama ini dilupakan malah ada yang dicaci harus diangkat dengan benar peranan mereka. Isu perkauman dan isu pertembungan agama dilipat kemas diletak tepi sebagai pengajaran yang harus diingati. Negara ini harus melangkah meninggalkanya.

5.      Isu rasuah, korupsi dan pentadbiran baik tetap menjadi cabaran ke depan. Saya tidak menarik satu pun pendedahan atau laporan korupsi yang pernah dibuat sejak 1998 hingga hari terakhir sebelum pengundian dan sangat mengharapkan kewujudan SPRM yang benar bebas dan adil mampu melaksanakan tanggung jawab.

6.      Kerana bercakap benar dan pertahan prinsip saya telah dilihat musuh oleh banyak pihak. Untuk itu jauh dalam diri saya juga sentiasa bersedia untuk berdepan dengan sebarang tindakan. Di bawah regim lama saya pernah ditahan 38 kali malah ditahan ketika mengajar di sekolah, dibicarakan sebanyak 5 kali dengan rekod 1 hukuman salah. Pengalaman yang saya sangat hargai di mana itulah sekolah politik saya dari tepi jalanan membawa jeriji rumah pasung ke rumah pasung hinggalah ke kandang kandang mahkamah. Kini juga saya masih disenarai hitam imigresen ke Sarawak, passport saya dirampas mahkamah serta saya sedang berdepan dua kes mahkamah lagi.

7.      Untuk pemerintah baru ini juga saya harus sedia menghadapi segala kemungkinan, ditekan menggunakan dua kes masih di mahkamah termasuk beberapa kes mahkamah baru. Namun untuk menutup mulut berkompromi dengan korupsi tidak sama sekali. Ke penjara atau mengenakan denda sehingga saya muflis saya kena bersedia.

8.      Seperti yang diputuskan dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan terakhir sebelum PRU ke 15, maka selepas PRU 15 SAMM bakal bertukar teraju. Saya dengan ini bukan lagi Penyelaras Kebangsaan SAMM, saya sangat berharap salah seorang dari beberapa ahli keluarga SAMM yang memenangi PRU mampu menyambut panji hitam genggam tangan muda ini bagi meneruskan kesinambungan politik radikal muda negara. Ia akan diumumkan segera dalam rapat SAMM dalam masa terdekat. Gerakan yang kita wujudkan sama sejak 2004 ini harus terus kekal sebagai medan latihan mengasak secara radikal gelombang perubahan seperti awal dinyatakan ini hanya kemenangan rakyat untuk memahami praktik demokrasi selepas ini fasa rakyat memahami prinsip dan ideologi dan teruslah melangkah dalam sukar. SAMM wajar berubah mengikut peredaran masa namun jati diri asas kewujudan tidak boleh dikompromi. Kemandirian SAMM harus kekal. Cuma izinkan saya untuk terus dalam keluarga SAMM sebagai anggota keluarga biasa

9.      Saya hari ini kekal sama seperti saya melangkah perjuangan ini 20 tahun lalu. Saya hanya ada rumah sewa, kereta masih bayar bulanan yang perjanjian sewa beli atas nama sahabat kerana nama saya tidak layak meminjam bank, hutang kredit kad dan simpanan bank yang sangat sedikit namun saya sangat bersyukur Allah memberikan saya hati yang kental serta keluarga besar SAMM yang merupakan anugerah sangat bermakna. Janji saya akan terus berusaha untuk mencipta Malaysia terbaik yang sama citakan.

catatan umum oleh che'GuBard, warganegara Malaysia

Sunday, May 06, 2018

Bukti korupsi calon PKR N54 Tanjong Sepat

gambar / imej ialah bukti calon PKR N54 tanjong sepat yg korup Dan Salah guna kuasa.

Beliau dilantik Oleh kerajaan negeri selaku penyelaras dun dengkil . Ketika menjadi Penyelaras DUN Dengkil dia telah menyalurkan projek Dan semua peruntukan membeli/membekalkan barang kepada syarikat milik dia dan milik anak dia.

Bukti resit dan daftar syarikat jelas membuktikan selaku penyelaras dun beliau luluskan sendiri peruntukan Dan pembayaran kepada syarikat dia Dan anaknya.

Ini Salah guna kuasa sgt jelas. Dia juga Setiausaha PKR negeri Dan Pengarah Pilihanraya PKR negeri.

Baru jadi Penyelaras dun duit sedikit dia korup bayangkan kalau dia jadi exco kerajaan negeri lebih jahanam rompakan.

Tolak pakatan rasuah, pilih calon bermaruah.

http://kartelAzmin.blogspot.com
















maaf dokumen tidak tersusun kerana kekangan masa untuk menyusun dokumen, namun jika diteliti jelas dokumen membuktikan syarikat milik Borhan dan milik anaknya mendapat 'projek' yang diluluskan oleh Borhan sendiri.

(mohon sebar)

Kartel Azmin penakut

Lama tak update blog kerana banyak tulisan dan pendedahan disandarkan kepada FB sahaja, namun malangnya lewat petang semalam FB saya telah digantung.

Petang tadi selepas program taklimat Bukti jenayah Dan korupsi 7 calon PH di Selangor ... Saya naikkan Dalam FB .... Kemudian kartel azmin mungkin panik.. mereka gerakan cybertrooper utk "report" status posting Bukti korupsi calon PH Selangor...

Atas laporan yg dibuat Dari byk akaun dan Dalam masa kurang sejam akaun FB saya telah digantung Dan status tersebut telah dibuat Oleh admin FB

Nampaknya ketakutan jelas bila Bukti korupsi didedahkan.

Satu blogspot sedang dikemaskini dgn bahan bahan berkenaan kerana akaun FB tidak dapat diakses.

Jemput layati http://kartelazmin.blogspot.com

Saya dan pasukan Akan merima semua undangan mana pijak yg memberikan ruang pentas untuk dibentangkan Bukti Bukti jenayah calon PH Di Selangor tersebut





Tuesday, April 10, 2018

Hari mengundi PRU pada hari bekerja adalah biasa

Kenyataan Umum

4 Oktober 2018


Akhirnya SPR telah mengumumkan secara rasmi tarikh - tarikh penting untuk PRU ke 14.
  • Penamaan Calon 28 April (Sabtu)
  • Hari pengundian awal 5 Mei (Sabtu)
  • Hari Pengundian Umum 9 Mei (Rabu)
Maka bermulalah angin PRU sebenar. Ia dimulakan dengan kecaman terhadap SPR kerana meletakkan hari pengundian pada hari bekerja. Ia dikatakan gambaran ketakutan SPR terhadap kebangkitan rakyat dan bagi mengurangkan jumlah orang keluar mengundi.

SAMM sendiri melihat tindakan meletakkan hari pengundian umum pada hari bekerja sebagai tindakan tidak wajar. Namun adakah pengundian hari bekerja ini satu yang baru ?

Di bawah ialah senarai tarikh pengundian PRU lepas.
  • PRU 9 - Isnin
  • PRU 10 - Selasa
  • PRU 11 - Ahad
  • PRU 12 - Sabtu
  • PRU 13 - Ahad

Dari senarai di atas dapat dilihat dengan jelas ketika Mahathir menjadi PM pun PRU diadakan pertengahan minggu. Maka seperti saya katakan Najib ialah anak murid Mahathir yang terbaik. Jika di semak rekod di era Dr Mahathir, 3 dari 5 PRU dilakukan pada hari minggu, iaitu PRU6 (Ahad), PRU7 (Sabtu), PRU8(Isnin), PRU9 (Isnin) dan PRU10 (Selasa).

PRU KE -10 1999 (Sejurus Peristiwa Mata Lebam)
1. 11/11/1999 (Khamis) - Bubar Parlimen
2. 20/11/1999 (Sabtu) - Hari Penamaan Calon
3. 29/11/1999 (Isnin) - Hari Mengundi

Tempoh Berkempen = hanya 9 Hari

Najib terus menggunakan SPR dalam isu persempadanan cuma tidaklah seteruk Mahathir yang ketika kebangkitan undi protes Melayu maka dibuat persempadanan semula kawasan peratusan Melayu tinggi berkurangan dan pertambahan kawasan bukan Melayu ditambah kerana untuk Mahathir kekal kuasa.

Kepada semua parti politik dan bakal calon selamat bertanding. Kepada seluruh rakyat Malaysia gunakanlah peluang yang ada untuk melakukan tanggungjawab anda. Keluar mengundi beramai ramai. Sama ada hendak mengundi calon parti politik atau pun mengundi calon bebas mahupun jika anda merasakan tidak ada calon atau parti yang memenuhi kehendak dan tidak ada yang mewakili atau mendengar suara anda menjadi ak demokrasi anda untuk melalukan undi rosak. Undi rosak yang banyak juga bakal menghantar mesej bagai bakal kerajaan atau yang memenangi kerusi untuk teliti dan cuba dengar. Apa yang penting ialah keluar mengundi. Mengundi pula dengan meneliti tawaran dan rekod calon bukan hanya sentimen parti semata - mata.

Untuk pengetahuan semua tidak ada sesiapa termasuk majikan boleh menghalang semua pengundi berdaftar kerana ada peruntukan undang - undang khusus berkenaanya.
Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Majikan-majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja-pekerja mengundi:
Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada mejikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.
Ini sama seperti majikan menghalang pekerja-pekerjanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi jika tidak mengikuti arahan yang tertera di dalam akta di atas. Dengan kata lain, salah di sisi undang-undang begitu juga Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Kesalahan-kesalahan oleh seseorang yang menghalang mana - mana pengundi sah untuk mengundi.
SAMM juga mengalu alukan usaha SPRM membuka bilik gerakan khas untuk menerima aduan dan meneliti kes berkaitan PRU.  Pada 27 Mac 2018 SAMM akan melancarkan kempen wajib kalahkan 12 ahli politik malapetaka dan membentangkan hasil kajian pengundi muda yang telah SAMM lakukan selama sebulan lepas.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Thursday, April 05, 2018

Ketua Bahagian Umno sahkan PDRM dan SPRM boleh digunakan untuk tujuan politik

Kenyataan Umum
 5 April 2018


Ketua Bahagian Umno sahkan PDRM dan SPRM boleh digunakan untuk tujuan politik

Beberapa hari lepas heboh di media mengenai seorang berpangkat Datuk ditahan di pusat hiburan mewah dan hasil ujian saringan positif dadah 'syabu'. Ketika melaporkan media memetik pengesahan oleh sumber rasmi SPRM dan PDRM yang mana dua agensi ini terlibat dalam operasi 2 pagi, Isnin 2 April 2018.

3 April 2018 pula Rizalman Mokhtar (Datuk) yang merupakan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah memanggil sidang media dengan mengakui dialah Datuk dan Ketua Bahagian yang tersebar di media ditahan di pusat hiburan mewah dan positif dadah.

Dalam sidang medianya dia menyatakan dia dianiaya kerana serbuan hanya dibuat disatu bilik yang dia sewa untuk berhibur dengan kawan - kawanya. Untuk pengetahuan dia ditahan di pusat hiburan mewah iaitu Vegas ( http://www.clubdevegas.com.my/clubdevegas.html ) yang menyediakan lebih 30 bilik hiburan mewah untuk VIP. Berdasarkan carian bagi perbelanjaan 4-5 orang untuk berhibur ke tempat itu sekurang kurangnya RM5,000 pasti dibelanjakan. Malah kebiasaanya RM10,000 - RM20,000 pasti dihabiskan bagi setiap kunjungan. Kelab mewah ini hampir tidak punya rekod diserbu pihak penguatkuasa.

Rizalman dengan tegas menyatakan dia tidak mengambil dadah, dia dengan tegas menyatakan dia hanya meminum kopi sahaja, dia dengan tegas menyatakan apa yang dihadapinya ialah 'sabotaj' kerana kedudukan dan pendirian politik beliau. Malah dalam rakaman sidang medianya dengan jelas dia tidak menafikan pertanyaan wartawan apabila ditanya adakah dia disabotaj ini ada kena mengena dengan perebutan kerusi MCA dan Umno yang melibatkan Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. Kenyataan Rizalman dalam sidang media tersebut menyatakan SPRM dan PDRM hanya menyerbu bilik dia dan langsung tidak 'menjengok bilik mewah lain' dan terus membuat saringan air kencing kemudian dengan pantas membawanya ke IPD Dang Wangi boleh disifatkan sebagai dia cuba menyatakan bahawa SPRM dan PDRM merupajan agensi yang terlibat diperkudakan sebagai alat mensabotaj dia.

Ini satu tuduhan serius yang harus diambil perhatian dan tindakan serius. Satu siasatan bebas harus dibuat termasuk perlunya satu Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kenyataan Rizalman. Apa yang berlaku sebenarnya Ketua Umno Bahagian sendiri mengesahkan bahawa sememangnya PDRM dan SPRM boleh diperkudakan untuk tujuan politik. Yang bertanggungjawab harus diseret ke muka pengadilan dan nama SPRM serta PDRM wajib dibersihkan.

Jika kenyataan ini ternyata memberikan imej buruk kepada dua agensi yang seharusnya bukan sahaja bertindak telus dan adil malah perlu dilihat telus dan adil. Integriti PDRM dan SPRM tercalar teruk. Jika kenyataan Rizalman menipu dan gagal dibuktikan , dia sendiri perlu dihukum. Jangan hanya kerana dia berpangkat Datuk, orang kaya dan Ketua Bahagian Umno dia boleh membuat apa juga kenyataan dan kemudian dilindungi.

SAMM Wilayah Persekutuan dan Selangor akan tanpil dalam masa terdekat untuk membuat laporan polis malah menghantar memorandum ke Istana Negara bagi merafak sembah menuntut campur tangan DYMM Di Pertuan Agong dalam membentuk satu jawatankuasa khas ataupun Suruhanjaya Di Raja bagi mengembalikan integeriti SPRM dan PDRM.

Dalam pada masa itu ramai ternanti keputusan kes Rizalman ini, adakah sampel kencing yang positif peringkat saringan akan BERTUKAR negatif kemudianya hasil tangan ghaib ?

Ini bukan soal Rizalman tetapi soal dua agensi penting negara disahkan boleh diperkudan bagi tujuan politik.

catatan umum
che'GuBard,
Pengasas SAMM

catatan kaki : Kenyataan Rizalman selaku orang yang berjawatan dalam agensi anti dadah kebangsaan seolah menunjukkan wujud syabu versi cecair cukup mengundang kelucuan

Adakah Hadron atau KA yang dipercayai rasuah peneroka untuk tandatangan perjanjian berat sebelah

Selepas memberi taklimat tertutup kepada Peneroka-Peneroka pro-PKR, ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, ahli Parlimen Shah Alam dari Amanah, Khalid Samad dan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad membuat silap mata untuk mengalihkan pandangan peneroka-penyokong dan orang ramai dari ketirisan yang berlaku bawah kerajaan PKR Selangor.

Kononnya SPRM sedang menganiayakan kerajaan Selangor dan mereka-mereka yang telah menyelesaikan masaalah. Baca sepenuh FMT SINI.

Rupa-rupanya, ada udang disebalik batu kerana ketiga-tiga ahli politik seolah-olah menyedari bahawa ada salahlaku lebih besar telah berlaku. Semalam peneroka-peneroka asal melaporkan kepada SPRM bahawa ada individu yang menandatangani perjanjian penelesaian (consent judgement) telah disyaki ada salahlalu menerima rasuah untuk kompromikan kepentingan peneroka-peneroka lain hingga menjadi berat sebelah.

Pihak yang berkemungkinan besar kompromikan hak dan kepentingan peneroka hanya peneroka yang kononnya mewakili peneroka lain yang boleh kompromikan hak dna kepentingan mereka.

Laporan Bernama berikut:

Ijok land settlers lodge report at MACC

Bernama | April 2, 2018

Settlers allege that several individuals who signed agreement on sale of land to a developer may have been bribed.

SHAH ALAM: A committee representing the original Ijok land settlers today lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on suspicion of misappropriation by certain individuals who allegedly signed an agreement to resolve the land dispute case at the Federal Court.

Chairman of the body, Mohd Fadzil Ibrahim said the committee suspected the individuals concerned had been bribed to compromise on the rights and interests of the settlers involved.

“The land belonging to the settlers had been sold to a developer in the settlement agreement made by the Selangor government and lawyer from a legal firm, as well as representatives from the settlers and the former developer.

“However, we, the settlers, suspect that several individuals who signed the agreement had been bribed and want the matter to be investigated,” he told reporters when met outside the Selangor MACC headquarters here today.

Fadzil claimed he had the documents to prove his claim, but declined to reveal them. He said he would only provide the information and documents to MACC.

The sale of the 880-hectare piece of land in Ijok to private developers at a price of RM1.18 billion had created some controversy and was questioned by many quarters, including the settlers themselves.

MACC chief commissioner Dzulkifli Ahmad was reported to have said that investigations into the issue was focused on the payment of about RM200 million to five companies.
--------------
Baru-baru ada laporan SPRM yang berakhir dengan 7 orang ditahan untuk siasatan membabitkan 6 syarikat konsultan yang menerima bayaran RM263 juta dari hasil jualan sebahagian tanah asal kepunyaan Peneroka.

Dari 6 syarikat-syarikat ini, jumlah paling menyerlah adalah K&A Management Sdn Bhd dan dua syarikat Hadrons (Hadrons Consulting Sdn Bhd dan Hadrons Capital Sdn Bhd). Adakah K&A atau Hadron yang telah suap peneroka untuk tandatangan perjanjian berat sebelah?

Azmin salahguna DUN untuk bohong isu air

Dato Seri Azmin Ali ber'lindung disebalik imuniti Dewan Undangan Negeri untuk berbhong dalam memberi jawapan. Berikut kenyataan balas Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan air:

KENYATAAN BALAS KeTTHA TERHADAP DAKWAAN MENTERI BESAR SELANGOR BAHAWA KERAJAN PERSEKUTUAN ENGGAN MEMBUAT SERAHAN SEPARA LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 KEPADA PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ingin merujuk kepada dakwaan YAB Menteri Besar Selangor yang dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KeTTHA dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan YAB Menteri Besar Selangor mengenai perkara ini. Apa yang diputuskan Jemaah Menteri pada 28 Februari 2018 ialah serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya akan dibuat setelah Kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan bekalan air di negeri berkenaan.

Kerajaan Persekutuan melihat penstrukturan bekalan air merupakan jalan terbaik bagi membolehkan PAAB membangunkan asset-aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara 0% hingga 3%.

Dalam pada itu, adalah juga adil untuk PAAB, sebagai pemilik LRAL2, mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar oleh Air Selangor.

Kerajaan Selangor juga perlu komited untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.

Kerajaan Selangor perlu segera bertindak untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air agar rakyat Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 JLH yang dibekalkan oleh LRAL2, sekaligus meningatkan rizab margin air terawat di Selangor.

Dalam pada itu, bekalan air di Selangor dapat diuruskan dengan lebih efisien melalui kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta membolehkan Air Selangor, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan, dapat menumpukan perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Putrajaya.
1 April 2018
Ekoran itu,Azmin Ali di bidas

Kenyataan Azmin Ali di DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Shah Alam,  21 November 2012

"Mungkin ada keperluan untuk pembinaan Langat 2 10 tahun yang akan datang ataupun 15 tahun (tahun 2022 ataupun tahun 2027) yang akan datang.  Tetapi jangan digunakan alasan Langat 2 itu untuk mendesak Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Di mana keperluan untuk membina Langat 2 pada hari ini?  Kecuali ada alasan-alasan lain bagi kepentingan kroni." kata Azmin Ali.

----

Dulu Azmin kata tak perlu bina loji air Langat 2 kecuali pada tahun 2022 ataupun tahun 2027.

Nasib baik Tan Sri Khalid cepat-cepat tandatangan perjanjian utama penstrukturan semula air dengan kerajaan pusat untuk membenarkan pembinaan loji air Langat 2 walaupun pada masa itu, PKR dan DAP masih tegas tidak perlu Langat 2 dan menuduh TS Khalid mengkhianati mereka.

Tetapi hari ini Azmin tuduh kerjaan pusat tak membenarkan Langat 2 bekal air yang hanya separuh siap kepada Selangor dengan alasan Selangor sangat memerlukan bekalan air dari Langat 2 kini.

Hanya dua minggu lepas sahaja, Selangor kata rizab bekalan air mereka cukup dan bukan 0% yang dinyatakan oleh kerajaan pusat. Kini pula terdesak sangat untuk mendapat bekalan air dari Langat 2 sehingga mahu memfitnah kerajaan Pusat .

Sebenarnya. perjanjian penstrukturan semula air antara kerajaan pusat dengan kerajaan Selangor menetapkan bahawa kesemua syarat-syarat utama dipenuhi oleh kerajaan Selangor sebelum Langat 2 diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Ini termasuk syarat utama bahawa keempat-empat syarikat-syarikat air dibeli balik oleh kerajaan Selangor untuk membolehkan penguasaan ekuiti 100% dengan pinjaman kerajaan pusat.

Tetapi sampai kini, hanya 3 dari 4 telah di beli.

Pembelian SPLASH pun belum mula kerana perjanjian antara Selangor dan kerajaan pusat menetapakan harga ekuiti SPLASH pada RM250juta.

Tetapi Azmin masih menegas mahu beli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.8 billion.

Oleh itu Selangor masih tidak memenuhi syarat perjanjian. Oleh itu Langat 2 yang hanya separuh siap tidak boleh diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Siapa yang salah sekarang, Azmin?

Penerangan Azmin dan Sivarasa tak jelas dan sorok maklumat


Selain beberapa pemimpin PKR dan Amanah kepanasan dan tidak senang duduk, Azmin kelihatan terpaksa menjawab akhirnya tetapi menggunakan Dewan Undangan Negeri untuk berdrama dan berbohong. Mereka menggunakan kumpulan peneroka yang telah taja untuk tutup salahlaku dan perguna peneroka-peneroka yang mahu segera selesaikan masaalah tertunggak.

Pihak media telah mereka bohong dengan penerangan yang banyak tidak telus dan menjawab persoalan-persoalan kritikal yang telah ditimbulkan sebab perjanjian peneyelesaian yang agak ketara berat sebelah.

Tan Sri Khalid Ibrahim telah menegur penerangan yang dibuat oleh Sivarasa. FMT meleporkan:

Khalid berkata banyak persoalan timbul kerana tidak mungkin sebagai kerajaan boleh tunduk kepada asakan pemaju “gagal dan culas” seperti LBCN dan Mujur Zaman.
Beliau berkata, jika pun benar terdapat lebih 30 tuntutan mahkamah, tanggungjawab kerajaan adalah mempertahankan hak dan tanah rakyat apatah lagi ketika berdepan dengan pemaju culas.
“Perkembangan isu tanah Ijok dari masa kerajaan negeri menandatangani penghakiman persetujuan, melepaskan hak tuntutan kepada 2,200 ekar dan yang akhirnya dijual kepada pemaju di bawah nilai sebenar, serta kelulusan pembangunan bernilai RM15 bilion; bersama-sama dengan soalan-soalan yang masih belum dijawab memberi persepsi bahawa ‘keuntungan’ yang dikatakan berpihak peneroka-peneroka dan kerajaan negeri juga berpihak kepada LBCN dan Mujur Zaman, dan pemaju berwibawa.
“Hakikatnya rakyat menuntut menteri besar dan kerajaan negeri untuk mendedahkan semua kronologi peristiwa dan dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen-dokumen antara pemaju-pemaju dan supaya rakyat dapat menilai dengan sendiri kebenaran sepenuhnya, tiada lain melainkan yang benar belaka,” katanya.
Di dalam Facebook beliau, kenyataan sepenuh boleh diperolehi:


Skandal Tanah Ijok: Menteri Besar Selangor perlu mempertahankan hak dan tanah rakyat.

Saya berkesempatan membaca laporan 19-mukasurat berkenaan isu tanah Ijok yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor yang diedarkan kepada wartawan terpilih dalam satu sesi penjelasan minggu lepas.

Agak mengecewakan laporan penjelasan tidak mendedahkan dokumen-dokumen penting berkaitan dengan Penghakiman Persetujuan di antara Kerajaan Negeri dan dua syarikat berkenaan; LBCN Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada Mei 2016 yang menjadi asas kepada bagaimana isu ini terbongkar.

Sepatutnya dokumen-dokumen seperti Perjanjian Penyelesaian dan Perjanjian Penyelesaian Tambahan didedahkan agar rakyat tahu kebenaran sepenuhnya. Mengapa sehingga kini dokumen-dokumen tersebut tidak didedahkan?

Jika diteliti dengan mendalam, memang benar terdapat tiga plot tanah – Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama. Tetapi apa yang tidak disebut oleh Dato’ MB adalah:

➢ Tanah 2200 ekar yang dikatakan milik swasta tersebut yang dikenali sebagai Alam Mutiara dan Alam Utama adalah tanah yang terlibat dalam Penghakiman Persetujuan yang dimeterai di antara Kerajaan Negeri dan LBCN dan Mujur Zaman.

➢ Tanah 2200 ekar inilah yang disenaraikan secara khusus dan jelas di dalam Penghakiman Persetujuan yang mana Kerajaan Negeri bersetuju akan melepaskan segala tuntutan ke atas tanah-tanah tersebut yang telah diambil melalui proses Pengambilan Tanah yang saya lakukan ketika menjadi MB.

➢ Proses pengambilan tanah telah dibuat atas dasar kepentingan awam ditambah pula dengan kegagalan LBCN dan Mujur Zaman untuk mematuhi syarat-syarat pemberimilikan serta kegagalan untuk memulakan dan menyiapkan pembangunan di tanah tersebut.

➢ Dengan menandatangani Penghakiman Persetujuan tersebut, Kerajaan telah memberi persetujuan untuk melepaskan serta menggugurkan semua tuntutan terhadap tanah 2200 ekar tersebut dan menyerahkan semula kepada LBCN dan Mujur Zaman.

Jika benar Kerajaan Negeri tiada kena mengena dengan tanah 2,200 ekar, bagaimana ia boleh memberi persetujuan untuk menggugurkan semua tuntutan dan menarik balik semua notis pengambilalihan yang dikeluarkan melalui Akta Pengambilan Tanah?

Apabila kini tanah-tanah itu telah dibeli oleh sebuah syarikat swasta, maka rakyat akan bertanya, adakah mungkin syarikat swasta – berwibawa atau tidak – berani mengambil risiko membeli tanah yang terlibat dalam tuntutan undang-undang pengambilan oleh Kerajaan Negeri? Jika jawapannya tidak, rakyat pasti akan bertanya lagi, adakah mungkin satu jaminan telah diberikan oleh dari Kerajaan Negeri untuk membatalkan pengambilan? Jika jawapannya ya, maka boleh dirumuskan Kerajaan Negeri sememangnya terlibat samada secara langsuang atau tidak langsung dalam perbincangan dan/atau penjualan tanah 2,200 ekar tersebut.

Lebih banyak persoalan yang berlegar di fikiran rakyat:
  1. Adakah Kerajaan Negeri memainkan peranan dalam memastikan transaksi jual beli tanah 2200 ekar tersebut dimuktamadkan dengan memberi jaminan kelulusan Pelan Pembangunan serta menjamin Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebelum Persetujuan Penghakiman dibuat?
  1. Adakah benar Kerajaan Negeri mendapat 1,000 ekar tanah Alam Perdana tanpa perlu membayar walau satu sen sebagaimana yang dicanang? Saya telah merampas tanah lebih Alam Perdana seluas 1000 ekar dan mendaftarnya atas nama Menteri Besar (Selangor) Inc (MBI). Apabila Kerajaan membuat keputusan untuk menggugurkan tuntutan terhadap tanah seluar 2,200 ekar, ini bermakna Kerajaan Negeri telah melepaskan tanah 2,200 ekar tanah untuk memiliki 1,000 ekar tanah sahaja yang telahpun saya perolehi terdahulu?
  1. Kononnya pampasan bagi rampasan dan pengambilan tanah seluas 3,200 ekar tanah akan mencecah RM4.4 bilion. Benarkah? Jika diamati kenyataan akhbar sebelum ini yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar serta peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili peneroka-peneroka, Kerajaan Negeri dikatakan terpaksa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah kerana jika tidak berhadapan dengan nilai pampasan mencecah RM1.4 bilion. Jadi, mana pula datang lagi RM3 bilion yang dikatakan oleh Dato’ MB?
Jika benar kenyataan Sivarasah bahawa pampasan bagi 1,000 ekar yang telah terdapat pembangunan dan infrastruktur dianggarkan RM860 juta, maka 2,200 ekar tanah yang belum dibangunkan tidak mungkin mencecah lebih RM3 bilion hingga menjadikan jumlah pampasan RM4.4 bilion. Malah nilai RM860 juta tersebut masih belum muktamad kerana saya telah meminta peguam mencabarnya di Mahkamah bagi mendapatkan taksiran yang lebih munasabah kerana tanah tersebut masih dalam kategori pertanian.

Jika pun benar pampasan bagi 1000 ekar adalah RM860 juta, maka jika dicongak ratio yang sama maka 3200 ekar adalah RM2.75 bilion. Jadi dari mana pula nilai pampasan RM4.4 bilion yang dinyatakan oleh Dato MB?

Apa-apapun, katalah benar pampasan mencecah RM2.7 bilion atau mungkin RM4.4 bllion; persoalannya, mengapa LBCN dan Mujur Zaman menjual tanah 2,200 ekar pada harga RM1.18 bilion dan sanggup pula melepaskan 1,000 ekar kepada Kerajaan Negeri? Tidakkah lebih baik mereka setuju sahaja dengan perampasan dan pengambilan dengan bertegas mempertahankan tuntutan pampasan dan pengambilan tanah-tanah tersebut?
  1. Tidakkah terdapatnya satu keadaan yang memeranjatkan apabila Kerajaan Negeri dikatakan takut dengan risiko membayar RM1.4 bilion, tetapi tiba-tiba pemaju yang membeli tanah 2,200 ekar tersebut dengan bangga mengumumkan the bahawa mereka akan memajukan tanah 2,200 ekar yang berjaya dibeli dengan harga RM1.18 bilion (RM12 sekaki persegi) dengan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) berniai RM15 bilion? Pengumunan pemaju ini dilakukan seawal September 2015 – yakni jauh lebih awal dari Penghakiman Persetujuan yang Kerajaan Negeri meterai iaitu pada Mei 2016.
Bukankah Kerajaan Negeri mempunyai kemahiran Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa Jabatan yang lain seperti Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Penilaian yang terlibat dalam meluluskan pelan pembangunan, jumlah densiti dan akhirnya penentuan terhadap nilai GDV sesuatu projek pembangunan? Mana mungkin Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan membuat penilaian tepat terhadap nilai hartanah sehinggakan Dato’ MB berhujah kononnya jika Kerajaaan Negeri meneruskan semua tindakan yang telah dimulakan oleh saya; merampas dan mengambilalih tanah-tanah maka kantong perbendaharaan akan kempis dan berisiko.

Banyak persoalan timbul kerana tidak mungkin sebagai Kerajaan yang dikatakan memperjuangkan reformasi boleh tunduk dengan asakan pemaju gagal dan culas seperti LBCN dan Mujur Zaman. Jika pun benar terdapat lebih 30 tuntutan mahkamah, tanggungjawab Kerajaan adalah untuk mempertahankan hak dan tanah rakyat apatah lagi ketika berdepan dengan pemaju culas.

Perkembangan isu tanah Ijok dari masa Kerajaan Negeri menandatangani Penghakiman Persetujuan, melepaskan hak tuntutan kepada 2,200 ekar dan yang akhirnya dijual kepada pemaju di bawah nilai sebenar, serta kelulusan pembangunan bernilai RM15 bilion; bersama-sama dengan soalan-soalan yang masih belum dijawab memberi persepsi bahawa “keuntungan” yang dikatakan berpihak peneroka-peneroka dan Kerajaan Negeri juga berpihak kepada LBCN dan Mujur Zaman, dan pemaju berwibawa.

Hakikatnya rakyat menuntut Menteri Besar dan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan semua kronologi peristiwa dan dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen-dokumen antara pemaju-pemaju dan supaya rakyat dapat menilai dengan sendiri kebenaran sepenuhnya, tiada lain melainkan yang benar belaka.

Friday, March 30, 2018

persempadanan baru masih banyak kelemahan dan dimanipulasi penguasa

3 Mac 2018

Setelah meneliti persempadanan baru PRU maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat masih ada kelemahan dan terkandung manipulasi kerana ia mengandungi dua kelemahan yang amat ketara: ia membentuk persempadanan tidak sekata (malapportionment), iaitu manipulasi bilangan pengundi di mana undi seorang pengundi di satu kawasan lebih bernilai (sehingga 3-4 kali ganda) dari undi seorang pengundi di kawasan yang lain; atau mengakibatkan penentuan sempadan pilihan raya (gerrymandering), iaitu manipulasi kawasan pilihan raya untuk manfaat politik satu ataupun kedua-dua parti. Jadual Tiga Belas Perlembagaan Malaysia melarang sama sekali persempadanan tidak sekata dan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya, menjadikan proses persempadanan semula yang berlaku sekarang melanggar Perlembagaan. Di samping itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melanggar undang-undang dengan, secara tidak sah, merangka semula sempadan kawasan pilihan raya sebelum mulanya proses persempadanan semula dan pembahagian daerah mengundi. 

Namun ini terus membuktikan bahawa Najib Razak masih merupakan anak murid terbaik Mahathir Mohamad. Tidak ada yang peliknya kerana ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri salah satu cara mengukuh kuasa ialah memanipulasi persempadanan Pilihanraya pada tahun 1984, 1994 dan 2003. Paling jelas persempadanan PRU pada tahun 1994 dibuat bagi memecahkan kekuatan pembangkang yang hasilnya PRU 1995 Barisan Nasional menang besar. Pilihanraya 1999 menyaksikan protes Melayu tinggi, Umno hanya menang tipis di banyak kerusi. Maka kawasan PRU disusun semula melalui persempadanan 2013 dengan menyaksikan kuasa politik Melayu berdasarkan kawasan pilihanraya mengecil. Di mana kawasan majoriti Melayu merosot, kawasan bukan Melayu dan campuran bertambah. Ini kerana PRU 1999 menyaksikan majoriti pengundi Melayu menolak Umno Bn (baca ; Mahathir). Demi kuasa Mahathir sanggup melacurkan kuasa politik Melayu pun. Namun selepas persempadanan semula 2013 kajian dibuat memutuskan jika Mahathir masih mengepalai Bn maka Bn kemungkinan akan kalah maka Mahathir terpaksa berundur dan memberi laluan Abdullah untuk menang besar.

Persempadanan kali ini juga tidak lari dari faktor tersebut iaitu ada unsur manipulasi, cuma bila pembangkang mengenengahkan Mahathir untuk melawan praktis yang dilakukan selama ini ia sedikit melucukan dan memualkan. Pembangkang (PH) hilang nilai tarikan untuk rakyat bila mahu meraih simpati bila bercakap soal ketidak adilan SPR bukan hanya sebab Mahathir namun bayangkan bila Pengerusi (kepala Penipu) SPR yang ketika memegang jawatan penuh skandal dan kontroversi penipuan termasuk berkenaan dakwat hitam kini telah menjadi Naib Presiden parti Bunga Raya. Ketika Rashid bekas Pengerusi SPR ini dilantik sebagai Naib Presiden dalam PH ramai berharap ada pendedahan besar mengenai penipuan PRU yang dibuat dibawahnya namun sehingga kini ia kekal bisu dan seolah penipuan bawahnya itu halal dan bila SPR baru nak menipu baru berdosa. Sikap munafik ini memualkan. Kali ini Najib tidak mampu menipu sehebat Mahathir memanipulasi persempadanan PRU kerana tidak punya 2/3 suara dalam parlimen maka hanya garis sempadan dan nama kawasan berubah bukan seperti bawah Mahathir siap menambah bilangan kerusi bagi menjamin kemenanganya.

Parlimen meluluskan undang - undang ini sudah pun dijangka. Dengan rekod 129 bersetuju dan 80 menentang. Jumlah ini beerti ada ahli parlimen tidak mengundi kenapa ? Ada ahli parlimen pembangkang juga tidak mengundi, kenapa ? Tidak hadir atau berkecuali ? Adakah Muhiyuddin yang turut berhimpun di luar parlimen ponteng dan tidak mengundi ? Kalau pemalas hadir dewan untuk menjalankan tanggungjawab maka jadi saja aktivis biasa dan demo lah hari - hari.

Sistem Pilihanraya dalam Malaysia sememangnya terdapat banyak ruang kelemahan untuk dimanipulasi penguasa. SAMM sejak tahun lepas sudahpun mengeluarkan Jalur Tuntutan Negara Perubahan iaitu garus besar WAJIB ke arah negara perubahan. sila klik http://anakmudamalaysia.com/jalur-tuntutan-negara-perubahan/ di mana setakat ini hampir tiada parti yang mampu menyatakan janji mengenai membuat perubahan sebenar negara secara tuntas dan jelas.

Juga tidak kurang lucunya bila semua bercakap soal PRU yang tidak adil dan seumpamanya. Namun dalam masa sama beriya - iya cuba menyakinkan bahawa pembangkang akan menang besar dengan perbagai data yang dimanipulasi. Tanpa berselindung dikalangan pembangkang juga kini sedang berebut kerusi sesama sendiri sama ada antara parti atau dalam parti itu sendiri. Kalau kamu kata ia padang tidak adil kenapa tak gunakan masa dan tenaga mobilisasi , dengan sumber dana yang mahu digunakan masa PRU gerakkan rakyat lawan sekali terus. Namun bila buka gelanggang sanggup kianat kawan pun sebab gila nak bertanding tapi lepas kalah akan kata SPR menipu dan mula meraih simpati dan seumpamanya. Yakinlah selepas PRU nanti lihat sahaja bagaimana yang muda akan dikerah turun ke jalan raya dan yang pemimpin kanan tua selesa di atas sana. Inilah skrip yang akan berulang tak tahu berapa PRU lagi.

catatan umum che'GuBard.

FORUM ANAK MUDA :MAHATHIR MEMANG SEORANG PENAKUT YANG MEMILIH RAKAN FORUM ATAU DEBAT

30 MAC 2018

1. 22 Mac 2018 saya telah mendapat masej melalui aplikasi whats app dari saudara Nazman yang memperkenalkan diri selaku wakil penganjur sebuah seketeriat yang akan menganjurkan satu forum yang turut menjemput Mahathir, Fadli Shaari dan Kamarul Zaman Yusoff. Menurut Nazman forum ini dianjurkan seiring dengan keberanian Mahathir melakukan apa yang dia sifatkan sebagai "gatecrashing" dalam forum anjuran Sinar Harian.

2. Saya beritahu bahawa saya masih berpegang dengan apa yang pernah saya tegaskan sedia menggunakan apa juga pentas bagi menyuarakan pandangan dengan syarat penganjur bersedia tidak menyekat pandangan dan apa yang saya ingin suarakan. Nazman mengatakan penganjur bersedia dan saya menyatakan persediaan. Apabila ditanya mengenai 3 lagi panelis dia menyatakan semua telah dihubungi dengan surat, email dan masej di beberapa saluran komunikasi termasuk dengan Mahathir.

3. Kemudian beberapa hari selepas itu Mahathir telah mempertegaskan bahawa dia hanya akan hadir jika forum menampilkan Najib dan Hadi sahaja. Ini sangat lucu kerana Mahathir baru sahaja hadir forum anjuran Sinar Harian walaupun tanpa Najib dan Hadi. Jika melihat dengan jujur tanpa prejudis dengan video siap merakam pimpinan kanan syarikat penganjur sedia merakam video beratur menanti ketibaan Mahathir dan mengiringi masuk dan cara moderator bersedia maka jelas ia sememangnya dirancang. Kenyataan Mahathir hanya akan hadir forum jika Najib dan Hadi hadir juga nampak lucu kerana parti "bunga raya" Kelantan selepas itu menyatakan kesediaan Mahathir untuk hadir ke Kelantan bagi Forum pada 13 April 2018 dengan menampilkan panel Kamarul Yusoff, Asyraf Wajdi & Radzi Jidin (Ketua parti Bunga Raya Ketereh). Nampak sangat Mahathir memang penakut berdialog atau berhujah secara berdepan.

4.Rekod saya jelas bila berdepan Mahathir, dia lari balik awal. 7 April 2016 di Universiti Malaya dalam satu dialog terbuka yang mana pihak media dilarang masuk. Ketika nampak kelibat saya hadir penganjur dan pengawal - pengawal Mahathir semua jelas kelam kabut. Media dilarang masuk, rakaman yang ada hanya rakaman curi - curi. Bila saya bangkit bertanya soalan, pengerusi mengganggu sehingga saya memendekkan pertanyaan berbeza dengan sebelum saya boleh memuja muji berjela jela. Mahathir tidak menjawab soalan saya , saya bangun sekali lagi terus pengerusi mengumumkan Mahathir terpaksa balik awal. sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html . Ini jelas membuktikan Mahathir tetap Mahathir yang sama seperti ketika jadi PM yang diktator dan zalim dia hanya memilih untuk berdepan dengan orang yang dia rasa mampu patahkan hujah. Ternyata Mahathir takut berdepan saya. Rekod kedua saya bertembung Mahathir ialah ketika menziarahi jenazah di Kajang. Saya berdiri di pintu utama masuk ke rumah selepas saya dimaklumkan Mahathir hadir. Ternyata bila nampak saya pengawal - pengawal dia kelam kabut, mereka berbisik dengan Mahathir dan Mahathir masuk ke rumah tersebut dengan jalan jauh dan mengelakkan pintu yang saya sedia berdiri. Apa yang Mahathir takutkan ?

5. Ingat lagi saya pernah menghantar surat kepada Mahathir untuk menjemput dia hadir sebagai panel dalam satu dialog terbuka. Bukan sahaja dia takut untuk jawab surat jemputan namun sehari selepas itu dia terpaksa mengumpulkan penyokong dan pengampu dia untuk penuhi dewan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hanya untuk menyatakan beliau tidak takut untuk berdialog dengan siapa sahaja dan memaki hamun saya dengan perbagai panggilan termasuk kucing kurap. Mahathir kelihatan begitu 'down' sekali bila saya hantar surat cabaran untuk beliau tampil berdialog terbuka berdepan pengkritiknya ketika itu. Sehingga terpaksa menjawab dengan memanggil satu himpuan bagi memaki hamun saya. Saya hanya tersenyum kerana saya, Mahathir dan yang sangat rapat dengan Mahathir sangat tahu kenapa..... :)

6. Mahathir sudah tua dia bukan sahaja mula nyanyuk namun sikap diktator dia tidak pernah berubah. Cuma dia bernasib baik kerana jika zaman dia jadi PM semua suara penentang akan ditekan habis habisan termasuk ditahan tanpa bicara. Tidak akan ada media perdana pun berani beri ruang pada pengkritik ketika itu. Sekurang kurangnya zaman ini pentaksub Mahathir masih ada ruang dalam Sinar Harian atau pun stesen TV Awan saya telah ulas perkara ini awal sebelum ini klik http://chegubard.blogspot.my/2015/08/mahathir-tidak-mendapat-keadilan.html

7. Akhirnya saya dimaklumkan 24 jam sebelum program menyatakan Forum Anak Muda yang dijadualkan 29 Mac 2018 akhirnya ditangguhkan kerana MAHATHIR penakut

Friday, March 23, 2018

RESOLUSI RAPAT (PENGURUSAN) SAMM KEBANGSAAN 01/2018


Kenyataan Media
19 Mac 2018

RESOLUSI RAPAT (PENGURUSAN) SAMM KEBANGSAAN 01/2018

Solidariti Anak Muda Malaysia telah pun selesai mengadakan Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018. Rapat ini disertai oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan, Penyelaras SAMM Negeri dan Segmentasi, dan aktivis-aktivis SAMM dari seluruh negara. Rapat kali ini dipanggil untuk berbincang dan memperhalusi peranan SAMM dalam menghadapi Pilihanraya Umum Yang Ke-14 nanti.

Justeru itu, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018 telah bersetuju dan meluluskan Resolusi Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018 seperti berikut :

1. Kempen Undi Calon Berwibawa
Sepanjang usia kemerdekaan negara ini, kita sudah menyaksikan ramai Wakil-Wakil Rakyat yang tidak berwibawa telah dipilih. Akhirnya, mereka-mereka ini bukan sahaja gagal berbahas di dalam Dewan bahkan lebih teruk langsung tidak berkhidmat di kawasan konstituensi mereka.
Justeru itu, SAMM menyeru semua rakyat agar tidak mengundi secara en-bloc (mengundi berdasarkan kepada parti) sebaliknya, mengundi berdasarkan calon sama ada berwibawa atau pun tidak. Kriteria calon berwibawa seperti kredibiliti calon, keupayaan calon untuk mengemukakan idea dan pandangan politik yang rasional dan matang, kemampuan calon untuk berkhidmat kepada rakyat, dan lain-lain perlu menjadi perhatian pengundi apabila memilih dalam pilihanraya nanti.
SAMM juga menegaskan pendirian kami menolak ahli politik atau calon-calon yang bertanding lebih daripada satu kerusi. Kaedah satu calon, satu kerusi boleh menjadikan setiap calon yang memenangi kerusi tersebut dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada kawasan konstituen yang telah dimenanginya.

2. Menolak 12 Ahli Politik Malapetaka
SAMM telah membuat kajian lapangan berkenaan dengan situasi politik tanahair sepanjang bulan Februari 2018. Dapatan kajian tersebut juga telah merumuskan senarai 12 Ahli Politik yang wajar ditolak oleh rakyat Malaysia kerana terpalit dengan skandal atau korupsi, mempergunakan agama dan kaum dan lain-lain. SAMM akan mendedahkan hasil kajian tersebut dalam tempoh terdekat dan akan mengumumkan pendekatan kempen sesuai dengan hasil kajian tersebut.

3. Meraikan Kepelbagaian Pandangan
Dalam suasana ribut politik yang melanda tanahair ketika ini, SAMM menegaskan semua pihak perlu meraikan dan menghormati kepelbagaian pandangan. Dalam isu #UndiRosak contohnya, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018 mengambil sikap menghormati dan meraikan pandangan dan hak bersuara rakan-rakan aktivis lain yang mengutarakan kempen ini. Akan tetapi, SAMM tidak mengambil sebarang pendirian sebaliknya memberikan tumpuan dan fokus kepada kempen Undi Calon Berwibawa dan Satu Calon, Satu Kerusi sahaja.

4. Penyelesaian dan Bukan Gula-Gula
Negara ini sedang berdepan dengan pelbagai kemelut, daripada kemelut politik kepada kemelut ekonomi kepada kemelut pentadbiran. Justeru itu, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018 mengambil ketetapan bahawa negara ini memerlukan satu jalan penyelesaian yang tuntas bukannya manifesto gula-gula.
SAMM menegaskan tawaran-tawaran kosmetik yang ditawarkan dalam manifesto parti-parti politik tidak akan menyelesaikan kemelut utama negara ini sebaliknya seperti ubat penahan sakit semata-mata. SAMM akan mencetak Booklet Jalur Tuntutan Negara Perubahan untuk diedarkan kepada rakyat Malaysia.

5. Pasca PRU-14
Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018 turut memikirkan mengenai beberapa krisis yang mungkin boleh berlaku pasca PRU-14 dan persediaan untuk menghadapinya.

Sekian,

Shariful Azmir Bin Hj Mustafa
Pengarah
Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 01/2018