Wednesday, August 02, 2017

Isu UNISEL, Jana Niaga & MBI, laporan penuh timbang tara dituntut

Kenyataan Umum

2 Ogos 2017

1. Merujuk berita Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/390049#tW2q3jjeU0rRz4a2.97) yang melaporkan respon balas YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor berkenaan isu UNISEL yang dibangkitkan banyak pihak kebelakangan ini.

2. Untuk pengetahuan Nik Nazmi ada pihak yang telah mengedarkan dokumen – dokumen ‘rasmi’ berkaitan isu ini termasuk dokumen milik MBI, UNISEL dan Jana Niaga juga milik syarikat Guaman berkaitan itu tersebut. Saya sendiri hampir 3 bulan lalu sudah mendapat satu set dokumen lebih 20 muka surat termasuk salinan cek serta baucer pembayaran selain minit mesyuarat dan surat – surat berkaitan. Saya perolehi semuanya melalui pos dan sangat yakin banyak pihak juga memperolehi dokumen yang sama.

3. Dalam dokumen tersebut jelas di bawah Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dihentikan pembayaran kepada syarikat Jana Niaga yang mempunyai kontrak kerja dengan UNISEL kerana isu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

4. Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pihak yang menuntut pembayaran. Mahkamah telah membuat keputusan menyebelahi UNISEL maka sudah tentu ada asas yang kukuh disitu.

5. Kemudian ketika Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar MBI telah diadakan satu rundingan yang dalam terma perundanganya ‘timbang tara’ malah menurut dokumen yang diperolehi dinayatakan dengan jelas UNISEL tidak bersetuju malah ada peringkat tertentu tidak mengetahui tentang ‘rundingan timbang tara’ yang berakhir dengan Menteri Besar Incoprated (MBI) membayar jutaan wang terus kepada Jana Niaga dan memindahkan ia dalam bentuk hutang UNISEL kepada MBI. Dalam dokumen yang diperolehi terdapat baucer pembayaran RM10 juta dan RM6juta iaitu dipercayai sebahagian dari jumlah pembayaran.

6. Melalui dokumen yang diperolehi jelas merakamkan betapa kenyataan media MBI bercanggah. Salinan surat jawapan balas Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan.

7. Surat Naib Canselor UNISEL turut mempertikai YM Raja Shahreen CEO MBI di bawah klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindak MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru. Naib Canselor Unisel dikatakan kecewa terhadap MBI yang membayar JNSB tanpa pengetahuan Unisel.

8. Dalam satu surat Naib Canselor Unisel turut mendapatkan khidmat pandangan luar dari firma guaman Raj, Ong dan Yudistra surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL menyatakan Unisel tidak bersalah yang berhutang ialah JNSB.

9. Oleh yang demikian menjadi tandatanya bilakah timbang tara itu diputuskan dan mengapa MBI perlu membayar kepada syarikat sedangkan mahkamah memberi kemenangan kes kepada Unisel.

10. Namun malangnya merujuk kepada berita Malaysiakini yang melaporkan respon Nik Nazmi dalam isu ini bukan sahaja dia gagal menjawab isu pokok tetapi ia didapati kemungkinan menipu apabila Nik Nazmi dilaporkan berkata  “Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” .

11. Tidak ada hubungan kontrak? Adakah  Nik Nazmi menipu ? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau rundingan hanya melibatkan geng kartel Azmin semata.

12. Berdasarkan dokumen Surat MBI 16 Mei 2016 rujukan surat MBI/ UNISEL/UNISEL-05/2016 (04).

a. Cadangan Penyelesaian Pertikaian di antara UNISEL dengan JNSB. Baucar bayaran RM10 dan sejumlah RM6 juta (no cek 1222537) sebagai penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB yang ditamatkan sebelum ini oleh UNISEL.
b. Surat MBI bertarikh 19 Mac 2015 kepada Jana Niaga Sdn Bhd tawaran Penyelesaian Pertikaian Unisel dan JNSB. Memulakan operasi dibawah perjanjian baru.

13. Apakah tipu surat Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan dan akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL dan mempertikai klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

14. Namun tidak pelik bila pimpinan Kerajaan Selangor menjawab sedemikian rupa kerana masih ingatkah kita dengan kenyataan YB Haniza Talha yang setelah tersepit ingin membela Azmin dalam isu projek RM10juta cat pintu gerbang, ADUN itu mengatakan duit RM10juta itu duit derma dan bukan duit kerajaan. Nama penderma akan dicatatkan di pintu gerbang setelah siap. (klik http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/04/pintu-gerbang-derma-alasan-paling-legend/ ) Namun sehingga kini bukan sahaja sudah siap malah sudah ada kesan retakan dibanyak tempat pun tetapi nama penderma yang dijanjikan hanya penipuan semata – mata.

15. Nampaknya bukan sekadar impian mahu melihat UNISEL iaitu institut pengajian bawah kerajaan PKR Selangor merialisasikan janji pendidikan percuma tetapi kini Azmin melalui MBI pula membuat bayaran tidak sepatutnya dan kemudian membebani UNISEL membayarnya sebagai hutang. Hutang tersebut kemudian akan dipindahkan tidak lain dan tidak bukan pelajar UNISEL.

16. Kepada Nik Nazmi saya rakamkan simpati kerana terkial kial cuba menjawab perkara yang dia sendiri saya yakin tidak tahu hujung pangkal. Nik Nazmi dijadikan kambing hitam semata oleh kartel Azmin. Cuma dia perlu tahu takperlu berpusing pusing dalam isu ini kerana dokumen berkaitan sudah tersebar dimiliki oleh ramai pihak .

17. Juga mengecewakan jawapannya yang mengatakan jangan pedulikan kes UNISEL ini kerana kes 1MDB lebih melibatkan nilai wang yang besar telah menyerlahkan sikap dia dan banyak pemimpin pembangkang hari ini yang menyifatkan merompak atau mencuri wang rakyat menjadi halal selagi 1MDB lagi jumlahnya besar.

18. Azmin Ali dituntut mendedahkan kepada umum laporan penuh rundingan timbang tara yang dimaksudkan. Kita juga mahu alasan munasabah kepada rundingan dan bayaran dibuat tanpa persetujuan UNISEL.

Oleh ;
Che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


sebahagian dari dokumen yang diperolehi








1 comment:

  1. Anonymous11:20 AM

    baru kuasai selangor korup tak terselindung ... kalau kuasai malaysia mampossssss

    ReplyDelete