Tuesday, September 05, 2017

Fahami kes Jana Niaga - UNISEL - MBI

Tulisan Umum

5 September 2017

Saya telah sebut sejak sebelum Ramadhan 1438 Hijrah lalu saya telah mendapat beberapa set dokumen berkaitan kepincangan, korupsi berkaitan kerajaan PKR Selangor. Beberapa dari set dokumen tersebut saya telah kongsikan juga dengan beberapa teman - teman pemimpin PH bagi tindakan mereka, namun nampaknya amat mengecewakan tidak ada pemimpin PH bertindak malah ada antara mereka cuba menasihatkan saya supaya mendiamkan kes ini atas alasan kes 1MDB lebih besar dan jaminan 'kononya kita' akan selesaikan selepas masuk Putrajaya nanti.

Soal saya mudah adalah jika orang mencuri wang rakyat bawah RM2.6 billion ia akan jadi halal ? atau demi nak kuasa politik korupsi orang dalam parti perlu diselindungkan serapi mungkin.

Betul telahan saya yang saya bukan seorang mendapat set dokumen tersebut, satu demi satu terdedah. Antaranya ialah skandal dimana Zuraidah Kamaruddin menjadi orang tengah merundingkan hutang lapuk kontraktor dengan Yayasan Selangor. Klik http://chegubard.blogspot.my/2017/07/pkr-selangor-kianati-hak-pelajar.html Laporan SPRM dan banyak kenyataan dari perbagai [pihak telah dibuat namun seperti biasa PKR terus bisu mengenai korupsi pemimpin mereka.

Kemudian terdedah pula soal bagaimana MBI telah membuat bayaran tidak sepatutnya kepada JNSB (kontraktor) yang disfatkan sebagai gagal dan dihentikan oleh UNISEL. Semasa di bawah Menteri Besar terdahulu proses mahkamah telah berjalan dan dari aspek perundangan hampir 100% kemenangan berpihak kepada UNISEL. Namun bila bertukar Menteri Besar baru JNSB telah mendapat bayaran terus dari Menteri Besar (Incoprated) dan ia dianggap hutang UNISEL kepada MBI. Ini sangat salah. 

Saya telah terbitkan beberapa dokumen berkenaan dalam blog sebelum ini klik http://chegubard.blogspot.my/2017/08/isu-unisel-jana-niaga-mbi-laporan-penuh.html  Beberapa pihak tambil mengutip maklumat diinternet dan membuat laporan SPRM. Saya sendiri pada 22 Ogos telah membuat laporan SPRM dengan menyerahkan beberapa dokumen yang diakui oleh SPRM sebagai dokumen baru dalam siasatan kes ini. Hari yang sama juga SPRM telah menyerbu pejabat UNISEL, MBI dan JNSB.

Cuma saya tanpa selindung masih sangat meragui SPRM mampu serius dalam kes bersangkutan dengan Kartel Azmin Ali ini. Saya nyatakan dengan jelas bagaimana Azmin - Hadi Awang - Shafie Apdhal akan terus terjaga selagi mereka memainkan peranan masing masing dalam skrip yang dipersetujui oleh Najib Razak.

Namun tekanan dan kesedaran umum sangat diperlukan dalam menangani Selangor yang menjadi lubuk korupsi ini. Secara khususnya, saya menyatakan kronologi kes ini seperti berikut:
- Sekitar 2003, JNSB telah dianugerah kontrak-kontrak untuk membina, menjalankan operasi, menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL.
- Pada 2011, didapati bangunan kemudahan penginapan mengalami kerosakan teruk dari segi pembinaan asas dan kejuruteraan sehingga boleh mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan
- UNISEL kemudian berhenti membuat bayaran kepada JNSB.
- Pada 2012, didapati bahawa JNSB telah banyak gagal untuk menyelenggara asrama tersebut.
- Pada 2 Januari 2013, bangunan kemudahan penginapan pelajar terpaksa dikosongkan.
- Pelbagai usaha selaras dengan kontrak-kontrak dengan JNSB telah dilaksanakan untuk menyelesaikan isu-isu ini. Bagaimanapun, usaha tersebut tidak menghasilkan penyelesaian yang memuaskan.
- Pada 2013, kontrak-kontrak dengan JNSB telah ditamatkan akibat kemungkiran JNSB namun syarikat itu mempertikaikan penamatan kontrak-kontrak tersebut.
Perlu ditekankan bahawa JNSB membawa pertikaian dengan UNISEL ke mahkamah. Kronologi ringkas adalah seperti berikut:
➢ Pada 7 Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menangguhkan kes tersebut kerana terdapat klausa timbang tara di dalam kontrak-kontrak yang ditandatangani. Ini bermakna pertikaian perlu dibawa ke proses timbang tara dan bukannya mahkamah.
➢ JNSB membuat rayuan terhadap keputusan MahkamahTinggi.
➢ Pada 2 Julai 2013, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan JNSB. Keputusan itu bermakna jika JNSB mahu meneruskan pertikaian tersebut, ia perlu membawanya ke timbang tara dan bukan mahkamah. Difahamkan tiada prosiding timbang tara telah difailkan oleh JNSB terhadap UNISEL sehingga hari ini. Empat tahun telah berlalu.
Adalah penting untuk diketahui bahawa pada sekitar Mac 2014 – lebih kurang 8 bulan selepas keputusan Mahkamah Rayuan dibuat – JNSB telah membawa pertikaian kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian (“Dispute Resolution Committee”) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor.
Namun, tiada penyelesaian dicapai sehinggalahTan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Sepanjang menghadapi masalah ini, sangat kelihatan Menteri besar lama begitu konsisten dengan keputusan untuk menamatkan kontrak dengan JNSB. Walaupun banyak tawaran telah dibuat, 
Semua  tuntutan mengarut  JNSB termasuk tawaran untuk mengambilalih hutang bank JNSB telah ditolak dengan rekod oleh UNISEL / Kerajaan selangor ketika itu.
Terbaru Tan Sri Khalid sendiri menyatakan terkejut apabila mendapat tahu bahawa pentadbiran yang saya pernah ketuai sanggup mempertimbangkan cadangan untuk memasuki kontrak-kontrak baharu dengan JNSB dan selanjutnya, untuk membayar JNSB sedangkan UNISEL tidak terikat dengan apa-apa tindakan undang-undang.
Sangat jelas tanpa permainan belakang atau tanpa imbuhan terjanji bagaimana MBI boleh membuat keputusan yang jelas tidak masuk akal.

Rakyat khususnya pengundi Selangor harus membuka mata dengan apa yang terjadi ini. Tekanan kepada SPRM untuk bertindak harus berterusan

Miinggu ke hadapan ini akan dibongkarkan pula skandal tanah di Bukit Cherakah libatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang turut libatkan kroni Mahathir Mohamad. Juga bagaimana wujudnya sebuah GLC yang menubuhkan sebuah anak syarikat yang mana anak syarikat tersebut dilantik seorang bapa dan seorang anak sebagai lembaga pengarahnya, salah seorang lembaga pengarah dalam anak syarikat GLC itu pula menubuhkan sebuah syarikat lain yang mana melaluinya dia mendapat projek dari GLC terbabit. Kes ini juga telah dimaklumkan kepada beberapa pimpinan PH awal sebelum ini.

Tulisan ;

che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



No comments:

Post a Comment