Thursday, April 05, 2018

Azmin salahguna DUN untuk bohong isu air

Dato Seri Azmin Ali ber'lindung disebalik imuniti Dewan Undangan Negeri untuk berbhong dalam memberi jawapan. Berikut kenyataan balas Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan air:

KENYATAAN BALAS KeTTHA TERHADAP DAKWAAN MENTERI BESAR SELANGOR BAHAWA KERAJAN PERSEKUTUAN ENGGAN MEMBUAT SERAHAN SEPARA LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 KEPADA PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ingin merujuk kepada dakwaan YAB Menteri Besar Selangor yang dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KeTTHA dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan YAB Menteri Besar Selangor mengenai perkara ini. Apa yang diputuskan Jemaah Menteri pada 28 Februari 2018 ialah serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya akan dibuat setelah Kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan bekalan air di negeri berkenaan.

Kerajaan Persekutuan melihat penstrukturan bekalan air merupakan jalan terbaik bagi membolehkan PAAB membangunkan asset-aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara 0% hingga 3%.

Dalam pada itu, adalah juga adil untuk PAAB, sebagai pemilik LRAL2, mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar oleh Air Selangor.

Kerajaan Selangor juga perlu komited untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.

Kerajaan Selangor perlu segera bertindak untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air agar rakyat Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 JLH yang dibekalkan oleh LRAL2, sekaligus meningatkan rizab margin air terawat di Selangor.

Dalam pada itu, bekalan air di Selangor dapat diuruskan dengan lebih efisien melalui kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta membolehkan Air Selangor, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan, dapat menumpukan perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Putrajaya.
1 April 2018
Ekoran itu,Azmin Ali di bidas

Kenyataan Azmin Ali di DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Shah Alam,  21 November 2012

"Mungkin ada keperluan untuk pembinaan Langat 2 10 tahun yang akan datang ataupun 15 tahun (tahun 2022 ataupun tahun 2027) yang akan datang.  Tetapi jangan digunakan alasan Langat 2 itu untuk mendesak Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Di mana keperluan untuk membina Langat 2 pada hari ini?  Kecuali ada alasan-alasan lain bagi kepentingan kroni." kata Azmin Ali.

----

Dulu Azmin kata tak perlu bina loji air Langat 2 kecuali pada tahun 2022 ataupun tahun 2027.

Nasib baik Tan Sri Khalid cepat-cepat tandatangan perjanjian utama penstrukturan semula air dengan kerajaan pusat untuk membenarkan pembinaan loji air Langat 2 walaupun pada masa itu, PKR dan DAP masih tegas tidak perlu Langat 2 dan menuduh TS Khalid mengkhianati mereka.

Tetapi hari ini Azmin tuduh kerjaan pusat tak membenarkan Langat 2 bekal air yang hanya separuh siap kepada Selangor dengan alasan Selangor sangat memerlukan bekalan air dari Langat 2 kini.

Hanya dua minggu lepas sahaja, Selangor kata rizab bekalan air mereka cukup dan bukan 0% yang dinyatakan oleh kerajaan pusat. Kini pula terdesak sangat untuk mendapat bekalan air dari Langat 2 sehingga mahu memfitnah kerajaan Pusat .

Sebenarnya. perjanjian penstrukturan semula air antara kerajaan pusat dengan kerajaan Selangor menetapkan bahawa kesemua syarat-syarat utama dipenuhi oleh kerajaan Selangor sebelum Langat 2 diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Ini termasuk syarat utama bahawa keempat-empat syarikat-syarikat air dibeli balik oleh kerajaan Selangor untuk membolehkan penguasaan ekuiti 100% dengan pinjaman kerajaan pusat.

Tetapi sampai kini, hanya 3 dari 4 telah di beli.

Pembelian SPLASH pun belum mula kerana perjanjian antara Selangor dan kerajaan pusat menetapakan harga ekuiti SPLASH pada RM250juta.

Tetapi Azmin masih menegas mahu beli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.8 billion.

Oleh itu Selangor masih tidak memenuhi syarat perjanjian. Oleh itu Langat 2 yang hanya separuh siap tidak boleh diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Siapa yang salah sekarang, Azmin?

No comments:

Post a Comment